PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

AIFFA KE2 2015, AKAN MENGGEGARKAN BANDARAYA KUCHING LAGI SETELAH BERJAYA AIFFA PERTAMA 2013.


AIFFA KE 2 2015

Sedikit perkongsian dari saya.
Arahan Langkah demi langkah Untuk menjana pendapatan dari BLOG
.
.


Festival Filem Antarabangsa Asean yang kedua akan diadakan di Kuching, Sarawak bermula pada 9hb.April hingga 11hb.April.2015, yang pastinya akan membawa suasana yang amat gemilang di Bandaraya Kuching nanti. Mempamirkan dan menayangkan filem-filem usaha pengamal dan penggiat filem dari rantau ini.

Peminat-peminat akan berpeluang untuk bertemu dan mungkin beramah mesra dengan beberapa orang selebriti Asean seperti Nora Aunor, Piolo Pascual dari Filipina, Shafira Umm, Christine Hakim dari Indonesia, dan pasti tidak ketinggalan dari Malaysia Anuar Zain, Nur Fazura Sharifuddin dan juga anak kelahiran negeri Sarawak sendiri Dayang Nurfaizah dan Dewi Lina Seriestha.

Festival filem dua kali setahun ini, akan mempamir dan menayangkan filem-filem terbaik dari seluruh rantau Asean ini, bagi membina dan mengeratkan lagi rangkaian perniagaan dalam bidang tersebut. Program akan dimulakan dengan persembahan perniagaan filem, seminar dan pameran di kompleks Pelancongan Sarawak, termasuk filem Asean-China dan penerbitan televisyen pada hari terakhir.



Pembukaan rasmi festival tersebut akan dijadualkan berlangsung di Kampung Budaya Sarawak pada 10 April, 2015. Dan Malam Anugerah dan Gala makan malam akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di mana pemenang daripada 12 kategori termasuk Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Sinematografi Terbaik akan diumumkan.