PERSEDIAAN UNTUK MASA DEPAN..


Cuba mengatur beberapa program untuk aktiviti-aktiviti lakonan bagi persediaan berbagai projek yang akan terus diusahakan nanti.

Diantaranya, menubuhkan satu badan pencinta seni lakonan dari berbagai suku kaum di Sarawak ini, yang terdiri dari 29 suku kaum yang ada. Buat titik mula, kami sedang mengusahakan rakan teman dari suku kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan Cina.

Cuba berpakat, mendengar pandangan masing-masing, dan apa tindakan yang sebaiknya dimulakan.

Terima kasih diatas tindak balas yang baik dari rakan teman suku kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan Cina.


Sesungguhnya, amat banyak bahan yang dapat kita manafaatkan untuk diusahakan menjadi sebuah karya filem, atau setidak-tidaknya membuat beberapa dokumentari, drama-drama dvd dan sebagainya.

0 Response to "PERSEDIAAN UNTUK MASA DEPAN.."