PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

KEJARAN MAUT (Drama TV 3 episod)

KEJARAN MAUT

Drama TV  3episod, yang penuh kenangan dalam hidup ku, sebagai Pengamal dan Pengiat Filem.

.

Dari sini lah aku mengenali kerja-kerja filem. Drama “KEJARAN MAUT” terbitan Dynamic Production Sdn.Bhd. sekarang dah tak ujud lagi dah. Arahan arwah ayahanda M.Osman.

Pelakun-pelakun yang terlibat antaranya Aman Shah, Herdawati, TS.Jeffery dan aku sendiri.

watak utama Aman Shah

TS.Jeffry juga antara teraju utama

Dalam drama ini, aku pertama kalinya dilantik dan diberi kepercayaan untuk menjadi Penolong Pengarah.Pada hal aku masih lagi macam terbang lalat, tak macam burung helang yang terbang tinggi di awan.

Selain itu…kerana hendak menbantu productions yang macam hidup segan mati tak mahu, nak save cost, nak save budjet, semua nak save, aku dan arwah ayahanda M.Osman terpaksa berkorban sama-sama.
Ayahanda M.Osman Pengarah, tetapi dia juga lah Pengurus Produksinya, dia juga jadi runner.

Aku pula menjadi Penolong Pengarah kepada arwah M.Osman, dan aku juga jadi Props master/propman, aku juga jadi Penolong Pengurus produksi, dan aku juga jadi runner. Dan gaji aku diberi pada waktu tu, sekitar tahun 1990, sebanyak RM800 termasuk berlakun sekali, watak pembantu lak tu, untuk 21 hari shooting.

Macamana ? Boleh?

Tapi inilah ilmu paling tinggi yang pernah aku kecapi sehingga aku mampu bertahan, walaupun sebagai Pengamal, Pengiat Filem yang kurang dikenali, masuk tahun yang ke 28 tahun aku dalam industri Filem Malaysia.

Di bilik editing WAYANG TINGGI sewaktu masih di Kelana Jaya, 
bersama sdra Salem Hj Saifuddin dan TS Jeffry.

Minat dah gila-gila, nak belajar, nak timba pengalaman, nak glemor kononnya, ditelan jugak. Dari sini juga aku mula belajar menerima maki hamun dari rakan sekerja bahagian teknikal, producer dan sebagainya. Maklum le kita orang baru, macam kesilapan, macam kelemahan. Sehingga hari ini, maki hamun itu dah bagaikan ucapan selamat pagi Malaysia, selamat Tengahari dan Selamat Malam.

Dan di hari yang ke dua puloh, dapat save satu hari kalau ikut jadual sebenarnya, tetapi arwah kata, kita terus je shoot sampai habis hari ni. Keluar rumah awal pagi sekitar jam 6, kerana call time hari ke 19 tu jam 7 pagi, lokasi disekitar kelana jaya, kita terus shoot hingga jam 3 petang, bukan 3 petang hari yang sama, tetapi 3 petang keesokan harinya. Selesai shooting, Malaysian Wrapp….! Aku dengan arwah balik rumah, Tmn Sri Gombak, tak sempat nak layan mata, sampai bilik tegolek sehingga keesokan harinya lagi.

PENGALAMAN YANG CUKUP INDAH. 

0 Response to "KEJARAN MAUT (Drama TV 3 episod)"

Post a Comment