FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG
S
.
Didalam pembikinan Filem Puteri Gunung Ledang aku pada mulanya cuma diambil sebagai Penolong Pengarah Seni. Dan pada waktu itu aku sudah melihat ada beberapa hal yang tidak kena, dari sudut pandangan ku sendiri secara peribadi. Selepas habis kontrak 45 hari, aku balik ke Sarawak semula.
Seminggu kemudian pihak Enfiniti Productions menelefon aku semula dan menawarkan aku sebagai Pengarah Seni, kerana filem tersebut belum juga selesai. Aku balik semula dalam produksi Puteri Gunung Ledang sebagai Pengarah Seninya. Dan disini aku mula menerima tekanan bekerja yang amat sangat. Sebagai Pengarah Seni, yang dilantik secara mengejut, tanpa mengatahui perjalanan awal dan persiapan-persiapan awal dari ketua bahagian kami, sehingga bila aku diajukan beberapa pertanyaan dan soalan berkaitan dengan beberapa set yang aku selenggarakan, aku kekadang jadi terpinga-pinga untuk menjawab kerana tiada catatan awal yang ada pada aku, sehinggakan aku sendiri merasakan aku ini bagaikan tidak tahu bekerja.
Keadaan bekerja dari hari ke hari, semakin tertekan, terutamanya di bahagian Jabatan Seni (Art Department). Berbagai kejadian yang tak elok dan tak seharusnya berlaku, terjadi. Cuma kami-kami dibelakang tabir saja yang mengatahui, apa sebab musababnya.
Sebab utama hal-hal sebegini terjadi, adalah Pengambaran Filem ini sendiri dimula, sebelum SEMUA LOKASI siap sedia untuk diguna pakai. Sebagai contohnya, pada waktu keputusan dibuat untuk memulakan pengambaran, set Utama, set paling besar, iaitu Pelabuhan Melaka dan Istana Melaka yang sepatutnya dibuat di Sungai Kesang Muar Johor, terpaksa bertukar ke Parit Sulong, Batu Pahat. Dan sewaktu jadual hampir sampai ke lokasi Pelabuhan Melaka dan Istana Melaka, keadaan masih lagi mencari-cari lokasi mengantikan lokasi asal yang di Sungai Kesang. Dan dari sinilah bermulanya segala permasalahan dalam produksi.
Banyak lagi cerita-cerita disebalik tabir.
Apa-apa pun tabik dan salute dengan Datin Tiara dan juga Datuk Affendy Nerawi yang banyak membantu, tenang dan sabar didalam menghadapi situasi yang sedemikian.
Pengarah: Saw Teong Hin
Tulisan: Mamat Khalid
Terbitan: ENFINITI PRODUCTIONS
Penerbit: Tiara Jacquelina
Shazalli Ramly
Penerbit
Eklusif: Ade Djajamihardja
Mini
Purushot
Cil
Rossellini
Anugerah: Memenangi 5 anugerah Festival Filem
Malaysia 2004.
Filem
Terbaik.
Pengarah Terbaik.
Lakunlayar
Terbaik.
Pereka
Seni Terbaik
Penataan
Musik Terbaik
Pelakun
Wanita Terbaik (Tiara Jacquelina) Filem Asia Pasific ke 50
Terbitan Terbaik (Asian
Festival of First Films) di Singapore 2005.
Casting: TIARA JACQUELINA Gusti
Putri Raden Adjeng Retno Dumilah
M.NASIR Hang Tuah
ADLIN AMAN
RAMLEE Sultan
Mahmud Syah
SOFIA JANE Tun Teja
DATUK RAHIM
RAZALI Datuk Bendahara
KHIR RAHMAN Tun Mamat
AZMIL MUSTAPHA PengeranDemak
RADHI KHALID Tapik
MAN BAI Topok
SABRI YUNUS Sang Setia
SHAHARUDDIN
THAMBY Hang Jebat
RUMINAH SIDEK Nenek
Kebayan (The Old Hag)
CHRISTINE HAKIM Bayan
ALEX KOMANG Gusti Adipati Handaya Ningrat
SLAMET RAHARDJO Patih
DIAN
SASTROWARDOYO Medicine
Seller’s Daughter
Musik: M.Nasir
Tan
Yan Wei
Kreografer
Silat: Ariffin Yeop Mahidin
Kreografer
Stunt: Adam Chung-Tai Chan
Sinimatografi: Jason Kwan
Lokasi: Kuala Lumpur, Terengganu,
Johor, Pahang, Negeri Sembilan
Pulau
Indah, Tasik Kenyir, Air Hitam, Batu Pahat, Cameroon Highland
Tahun: 2004
0 Response to "PUTERI GUNUNG LEDANG"
Post a Comment