PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

SEJAUH MANA PENGAMAL DAN PENGIAT FILEM DI SARAWAK BOLIH BERTAHAN?

Bila disebut sahaja tentang aktiviti atau kegiatan filem di Sarawak ini, pasti banyak yang tidak tahu, banyak yang tidak kenal dan banyak yang memperlekehkan. Apa tidaknya, sebab yang lebih dikenali adalah mereka mereka, pengamal dan pengiat filem dari semenanjung Malaysia, terutama sekali yang berpusat di Kuala Lumpur.


.

LAGENDA FILEM MELAYU TAN SRI P.RAMLEE

PENGARAH FILEM OMAR ROJIK

PENGARAH FILEM JAMIL SULONG

Kalau dulunya, Pengarah-pegarah terkenal lagi tersohor seperti , Tan Sri P.Ramlee, Jamil Sulong, Omar Rojik, diteruskan dengan Pengarah Datuk Yusof Haslam, A.Razak Mohaideen, Aziz M.Osman, Zulkefli M.Osman, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Afdlin Shauki dan banyak lagi, semuanya dari semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur.

PENGAMAL DAN PENGGIAT FILEM TERSOHOR
PENGARAH DATUK YUSOF HASLAM dan anaknya juga seorang Pengarah 
SHAMSUL YUSOF

Pelakun Tan Sri P.Ramlee tidak perlu nak disebut lagi, semua orang kenal. Selain dari beliau, pelakun seperti  Rosyam Nor, Fasha Sandha, Maya Karin, Aron Aziz, Nasha Aziz, Ahmad Idham dan banyak lagi, semuanya dari semenanjung  Malaysia, Kuala Lumpur.

DATUK ROSYAM NOR

MAYA KARIN

ARON AZIZ

Media hiburan, yang setiap saat setiap ketika mencari dan memaparkan cerita-cerita mereka semuanya dari semenanjung Malaysia, Kula Lumpur.

Mana dari Sarawak? Kalau ada pun media seperti akhbar-akbar tempatan, siaran radio tempatan, pun kebanyakannya, (Tidak Semua) yang memaparkan kalau-kalau ada rakan teman sendiri, pilih bulu, sekurangnya ada hubung kait dengan mereka sendiri, untuk kepentingan tertentu.


Maka itu, sebagai Pengamal dan Pengiat filem di Negeri Sarawak ini, untuk bertahan lama, kita kena buat beberapa hal yang bolih kita gunakan sebagai platform untuk duduk lama dalam dunia filem ini. Maksud saya bolih bertahan lama untuk menjadikan kerja-kerja dalam industry filem ini, sebagai mata pencarian, nafkah hidup kita.

1.      Kita kena tempah dulu NAMA kita di dalam industry ini, sama ada sebagai Penerbit, Pelakun atau sebagai pekerja belakang tabir. Ini bertujuan supaya rakan teman pengiat dan pengamal dalam industry ini mengenali siapa kita.

2.       Belajar dari yang veteran dari kita, tetang bidang-bidang yang kita ceburi. Sama ada sebagai Pelakun, Penerbit dan juga pekerja belakang tabir. Sekiranya pekerja belakang tabir, banyak lagi bidang-bidang yang hendak dipelajari, kerana setiap bidang punya tugasan khusus dan sempadan masing-masing.
3.       Daftarkan nama kita sebagai ahli mana-mana badan atau persatuan yang berkaitan seperti Profima, FDAM, Seniman, CCIG, Karyawan dan bermacam lagi.

4.       Belajar dari kesilapan. Kerana sebagai Pengamal dan Pengiat filem, dunia yang penuh glamour, pada peringkat awal penglibatannya, pasti seronok hendak menjadi terkenal, menjadi glamour, termashor, semua orang tahu. Dan ini semua kadang kadang penyebah kita jatuh, kerana terlepas pandang banyak hal, sehingga rakan teman , dan masyarakat filem menjadi meluat, benci dan boikot kita. Jadi biarlah KEJATUHAN itu dijadikan sebagai pelajaran bagi membentuk kita sendiri supaya lebih berhati-hati dan menjalankan kerja-kerja filem ini dengan lebih jujur, ikhlas dan amanah.

5.       Buat kerja dengan nawaitu yang ikhlas, jujur dan amanah, dalam sampadan-sampadan yang telah diamanahkan, mengikut kemampuan yang kita ada. Jangan cuba-cuba untuk mengatasi kemampuan sendiri, sehingga akhirnya, kerja terbengkali, nama kita pula jadi tercalar. Biarlah kita menjadi seadanya, membuat apa yang termampu kita buat.

 Itu beberapa hal yang perlu diambil kira, terutama kepada rakan teman pengiat dan pengamal filem yang masih baru dalam dunia ini. Dan ini juga merupakan pandangan peribadi ku, setelah melalui sendiri pengalaman-pengalaman tersebut, sehingga mampu bertahan ke saat ini, masuk tahun ke 28 tahun (2015) aku mencari nafkah hidup dalam industry yang agak kurang menyerlah di Sarawak ini. Tapi aku percaya dan berkeyakinan, bagaimana industry ini rancak di Kuala Lumpur pada satu ketika, pasti akan sama jugak berlaku di sini nantinya. Negeri, Negara kita bukan semakin mundur, tetapi terus membangun dan menuntut hal-hal seperti ini.


Selain itu, harus kita ingatkan, semua orang punya keistimewaan dan kelemahan. Gunakanlah keistimewaan itu sebaik mungkin, jangan sampai terlupa,  siapa pun kita, kita tetap masih meminjam dariNya. Dan perbaikilah kelemahan kita untuk membangun diri sendiri.

TERIMA KASIH kepada rakan teman dalam Industri Filem Malaysia di Semenanjung,  yang sentiasa membantu dan bekerjasama.

0 Response to "SEJAUH MANA PENGAMAL DAN PENGIAT FILEM DI SARAWAK BOLIH BERTAHAN?"

Post a Comment