PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

LYLIANA, SENGKETA, DAWANA & SURIA


LYLIANA, SENGKETA, DAWANA & SURIA


arahan: M.Osman                                             Terbitan: Iyan Film Productions Sdn.Bhd.

Tiga drama awal yang membawa aku terus ke dunia Filem. Setelah mendapat peluang berlakun didalam tiga drama tersebut di Sarawak, aku terus mencuba nasib ke semenanjung dibawa oleh Arwah ayahanda M.Osman sebagai anak angkatnya . Tinggal di Taman Sri Gombak kuala Lumpur. Dari situlah bibit2 permulaan aku menjinakkan diri dengan dunia filem ini. Alhamdulillah, berkat bimbingan, didikan serta peringatan arwah ayahanda M.Osman , Bonda Afida S serta anak-anak mereka, walaupun aku bukan menjadi seorang pelakun terkenal,namu aku bersyukur, kerana sehinga hari ini sudah menjangkau 30 tahun aku membabitkan diri didalam dunia filem ini, dan maseh mampu bertahan mencari sesuap nasi dalam dunia ini.
TERIMA KASEH kepada arwah ayahanda M.Osman, Bonda serta keluarga mereka semua. Moga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan ditempatkan di syurgaNya, Amiiin. Al-Fatihah.

.

 aksi dalam drama LYLIANA

Bersama Ramona Rahman dalam drama DAWANA & SURIA.
 Aksi dalam drama SENGKETA



 bersama Lyliana 

 bersama Pengarahnya, arwah M.Osman serta pelakun-pelakun yg terlibat dalam drama DAWANA & SURIA



0 Response to "LYLIANA, SENGKETA, DAWANA & SURIA"

Post a Comment