PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

TENTANG BLOG INI

Blog ini diwujudkan atas dasar ingin berkongsi cerita, pengalaman, dan pembangunan industri perfileman di Sarawak khasnya, dan di Malaysia amnya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dari kaca mata saya sendiri setelah melalui kehidupan sebagai pengamal dan pengiat filem di Malaysia sejak tahun 1987. 

Apa sahaja yang ditulis di dalam blog ini, cerita-cerita, aktiviti atau apa sahaja yang berkaitan dengannya, merupakan satu pandangan peribadi, pengalaman, cerita benar, setelah melalui liku-liku kehidupan sebagai pengamal dan pengiat filem dari Sarawak, merantau ditanah seberang, Semenanjung Malaysia, cuba mencari pengalaman, kalau-kalau ada timbul dirinya bagaikan sabut dipermukaan air, dalam arus sungai penuh glemour dan tipu daya itu.


Dengan perkongsian ini, sekurang-kurangnya, dapat juga rakan teman pembaca, melihat satu perkembangan anak wayang dari Sarawak, yang amat kerdil dalam dunia industri filem ini, dalam satu sudut yang berbeza mungkin, dari anak wayang-anak wayang yang sememangnya sudah terkenal dan diiktiraf warga industri filem dunia, di Malaysia ini.

Kepada rakan teman yang ada kebarangkalian ingin menyumbang berbentuk teguran, komen, kritikan membina dan nesihat, saya ucapkan berbayak-banyak terima kasih terlebih dahulu kepada anda rakan teman pembaca.

Moga apa yang ada disini, akan dapat kita sama-sama manafaatkan bersama.

0 Response to "TENTANG BLOG INI"

Post a Comment