PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

FILEM FANTASI /FANTASIA (Filem Malaysia)

FANTASIA / FANTASI

terbitan
Teletrade Sdn.Bhd

arahan 
Aziz M.Osman





Filem Malaysia pertama aku melibatkan diri. Ikut Aziz kerja bantu-bantu jadi props. Belum kenal lagi kerja-kerja filem ni, diberi watak gila-gila kat lorong, berlari meluru kearah Erma Fatima, kemudian Menyanyi sambil bergoyang dangdut dengan lagu “Boneka Dari India”. Sejarah awal penglibatan aku dalam Industri Filem Malaysia. Kenangan Indah yang tetap terpahat dalam SEJARAH HIDUP ku.

Antara adengan dalam filem Fantasi




Synopsis:
Cerita filem ini bertolak daripada dendam yang tercetus di zaman purba bilamana Dara dimangsai oleh Silbi, pengamal ilmu syaitan yang berusia ratusan tahun. Silbi menjadi pengancam zaman berzaman, dari zaman purba hingga ke zaman moden. Dia muncul setiap kali bulan purnama untuk memburu anak dara yang dihisap darahnya, untuk mengekalkan kemudaan dan ketampanan wajahnya. Dara yang dimangsai bersumpah akan menuntut bela dan memusnahkan Silbi yang juga membunuh Teruna, suami Dara. Tetapi untuk melaksanakan tugasnya, roh Dara perlu meresapkan ke dalam tubuh anak dara yang lain dan akhirnya yang terpilih ialah Nora, seorang wartawan yang hidup di zaman moden.

Pengarah
Aziz M. Osman

Penulis
Zain Mahmood ... Cerita & Lakonlayar
Aziz M. Osman ... Cerita

PELAKUN

PEKERJA (krew)
Jawatan
ERMA FATIMA
Nora
AZIZ M.OSMAN
Pengarah Seni
FAIZAL HUSSEIN
Teruna & Rahmat
AZMAN ABG HASSAN
Musik
MUSTAPHA KAMAL
Ratu Silbi
ROSS ARIFFIN
Musik
KUZA
Dara
IBRAHIM
Penyunting
MELISSA SAILLA
Azreen
JAMAL MAARIF
sinematografi
M.OSMAN
Kana
MICHEAL GUNTER
Make-up
SHAH RAHMAN
Gamat


ALIAS YUSOF
En.Suratman


SARIP NOOR
Jack The Ripper


ALI MOHAMAD
Ketua Lorong


ZARINA ZAINUDDIN
Melor


JD KHALID
Bapa Melor


NASIR P.RAMLEE
En.Rahman


RAZAK RAHMAN
Pemain Saksofon


ZAIN MAHMOOD
Pak Samad


AZIZ M.OSMAN
Wartawan


TS JEFFRY
Wartawan


AZMAN MONALIZA



INSPEKTOR MOHANA



SAFIE OSMAN



SERIFAH AMINAH




Penerbit
Zain Mahmood ... Penerbit
Alias Omar ... Penerbit Eksekutif
Zahari Zain ... Penerbit Eksekutif
Teletrade Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem 

Kostum Iblis Silbi (Mustapha Kamal) rekaan arwah ayahanda M.Osman,
aku membantu membuat sebahagian darinya.




Anugerah & festival filem

Pertandingan: Festival Filem Malaysia ke-11, 1994 (Johor)

ANUGERAH:
Anugerah Khas Juri - Solekan watak terbaik



Versi asal Fantasia telah diharamkan untuk tayangan pada tahun 1991

Antara babak kontroversi yang ditapis: Dialog sumpahan Nora dan Dara; Penjelasan Kana tentang asal usul Ratu Silbi; Adegan roh Dara memasuki jasad Nora; Pertemuan Nora dan Rahmat dengan roh Dara.

Unsur-unsur keterbalikan/songsang dalam filem ini: Silbi (iblis), Kana (anak), Natiahs (shaitan).

1 Response to "FILEM FANTASI /FANTASIA (Filem Malaysia)"