PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

SENARIO XX (Filem Malaysia)


SENARIO XX

terbitan
Grand Brillance Sdn.Bhd
dengan kerjasama
ACE Motion Picture Sdn.Bhd

arahan
Aziz M.Osman


Dan ini pula penglibatan aku yang kedua bekerja dibelakang tabir, dalam Industri Filem Malaysia. Itu pun setelah hampir 11 tahun tidak ikut mana-mana filem, sebab banyak masa buat drama-drama tv di Sarawak. Zaman Take One dan Europine dapat banyak projek shooting kat Sarawak. Zaman Pengarah-pengarah drama tv seperti Din.CJ, Jack Ad Din dan sebagainya sering ke Sarawak.
Dalam Filem Senario XX ini, aku telah diamanahkan untuk bertindak sebagai Pengarah Seni. Agak terganggu juga aku, sebabnya, sebelum ini, banyak buat kerja-kerja sebagai Pengurus Produksi, berlakun. So banyak benda yang aku belum tau, banyak benda yang aku kena belajar.

sinopsis:
Zoragon berasal dari planet Zuhal. Dia bertugas mengendalikan kapal angkasa yang mengangkut bahan tenaga dari Zurah ke Marikh. Suatu ketika, kapal angkasanya mengalami kerosakan akibat diserang oleh Jeneral Zoragas dan pembantunya Zolidia yang ingin memiliki mesin kuasa yang disimpan oleh Zoragon. Mesin kuasa itu mampu dijadikan senjata dan Jeneral Zoragas mahukannya untuk merampas kuasa Raja Zaragus. Akibat serangan Jeneral Zoragas, Zoragon terpaksa mendaratkan kapal angkasanya di planet Bumi dan terdampar di sebuah kampung di Malaysia. Penduduk kampung tersebut amat terkejut dengan kehadiran kapal angkasa atau UFO itu. Dalam kekecohan yang timbul itu, seorang bomoh yang masih berpegangkan kepercayaan karut telah mengatakan bahawa kapal angkasa dan makhluk asing itu merupakan jelmaan hantu polong lalu menggunakan jampi serapah untuk menghalaunya. Kehadiran Zoragon di Bumi juga telah menemukannya dengan gadis kampung yang bernama Siti. Akibatnya timbul konflik antara tunang Siti (Rosman) dengan Zoragon yang telah terpikat pada Siti.
Pengarah:                             Aziz M.Osman

Terbitan:                              Grand Brilliance Sdn.Bhd
In Cooperation with:            ACE Motion Pictures Sdn.Bhd
                                           Gitu Gitu Productions Sdn.Bhd

Penerbit:                              Ahmad Puad Onah
                                               
Penerbit Ekslusif:                 Lazizah Ahmad

PELAKUN
WATAK
PETUGAS (KREW)
JAWATAN
AZLEE JAAFAR
Wak Kernal
AZMAN ABU HASSAN
Musik
WAHID MOHAMAD
Zoragon / Wan Zaman
RAMLI LONG
Sinematografi
MAZLAN PET PET
Rosman


SAIFUL APEK
Jeneral Zoragas


YASSIN YAHYA
Zoragon / Mattop


NUR FAZURA
Siti


SITI FAZURINA
Zollida


CHEF WAN
Ayah Siti


WAHID SATAY
Tok Ketua


ROSYAM NOR
Rosyam Nor






Pereka UFO:                      Shen’s Imagineering
Kelengkapan:                    F.E.G Enterprise Sdn.Bhd.




Lokasi:                                  Kuala Lumpur, Selangor
                                                Pulau Indah

Tahun:                                  2005

0 Response to "SENARIO XX (Filem Malaysia)"

Post a Comment