DRAMA TV AWAL PENGLIBATAN KU DALAM INDUSTRI FILEM MALAYSIA


Seperti yang aku ceritakan diawal mukadimah aku untuk blog ini, penglibatan aku dalam Industri Filem Malaysia ialah pada tahun 1987 – 1990.

Drama-dramanya:
LYLIANA , SENKETA dan DAWANA & SURIA.
Semuanya terbitan Iyan Film Productions Sdn.Bhd.  Penerbit sdra. Ikram bin Yan, anak tempatan negeri Sarawak.



Semua drama-drama diatas dilakunkan olih pelakun-pelakun tempatan negeri Sarawak, kecuali untuk drama DAWANA & SURIA, kita mengundang pelakun RAMONA RAHMAN untuk bersama dengan kita.
Dan kesemua drama-drama diatas adalah arahan arwah ayahanda M.OSMAN.



Dalam drama LYLIANA, aku Cuma tampil sebagai pelakun tambahan, buat pertama kalinya berlakun dalam drama tv. Seterusnya dalam drama 3 episod SENGKETA, aku memegang watak utama sebagai abg tua yang garang, watak crook. Bergandingan dengan Mahmud Ali Basha yang juga masih baru pada ketika itu, yang memegang watak sebagai adik kedua. Adik kami yang bungsu dilakunkan olih, Andrew Peter, Ketua Pramugara, salah seorang mangsa misteri kapal terbang MH370, baru-baru ini.


Dalam drama DAWANA & SURIA, aku memegang watak ketua crook, sebuah drama purba.

0 Response to "DRAMA TV AWAL PENGLIBATAN KU DALAM INDUSTRI FILEM MALAYSIA"