PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

DR.BOT mencabar Dukun TOK ITAM dalam drama "DR.BOT".

Perdukunan Tok Itam dicabar Dr.Bot.

Dr,Bot merupakan sebuah drama masyarakat, yang mengisahkan tentang pertembungan dua kebudayaan cara perubatan. Tok Itam yang lebih dikenali sebagai Dukun handalan di kawasan rumah panjang, menjadi tumpuan masyarakat rumah panjang dan kawasan sekitar, apabila ada masalah kesihatan. Apa juga penyakit, atau yeng berkaitan, penduduk rumah panjang dan sekitar kawasannya, akan pasti menemui Tok Itam bagi menyelesaikan masalah mereka.



Dengan arus pembangunan, dan kemajuan zaman, di kawasan rumah panjang dan kawasan sekitar tempat Tok Itam tinggal juga menerima perubahan tersebut. Klinik Bergerak dari Jabatan Kesihatan Malaysia, juga mula masuk ke kampung, dengan menggunakan  Bot Ekpress. Dan dari sinilah naskah ini mendapat tajuknya Dr.Bot. Beberapa konflik berlaku, diantara pengikut-pengikut setia Tok Itam dan pihak-pihak yang menerima kedatangan Dr.Bot tersebut, dan akhirnya Tok Itam terpaksa menerima hakikat, apabila anaknya sendiri yang menyebelahi pihak Dr.Bot.




Telemovie Dr.Bot diterbitkan olih Silver Ants Productions Sdn.Bhd dan diarah olih Zulkefli M.Osman. Antara artis yang terlibat dalam Dr.Bot ialah Geoff Andre Feyaerts, Magrina Awing George dan saya sendiri, serta dibantu olih beberapa orang pendatang baru, dari Bandaraya Miri dan Bekenu.





Lokasi pengambaran adalah di Rumah Panjang Bokem Miri, Sekitar pekan Bekenu, Bungai Lodge Bekenu dan sekitar bandaraya Miri.