A BARBOO MORTA (Filem Antarabangsa)


Melibatkan diri dalam Filem Antarabangsa, aku bermula dengan filem “A BARBOO MORTO” sebuah filem Italy, yang berlokasi di Sarawak.  Bekerja di belakang tabir sebagai Local Propsman. Pada mulanya risau jugak aku, yelah kerja dengan syarikat Mat Salleh. Rupanya, kulit je kulit Mat Salleh, englishnya lebih kurang aku jugak. You want work with us? How much you want your pay we give?

Antara lokasi

Wah….! Bolih masuk tu….aku pun tanpa segan segan, cakap dengan rakan yang introduced aku tu, Rajak Sahibjahn namanya, dah jadi keluarga aku dah sampai sekarang ini, kawan lama bermula dari kl dulu, ok zak, aku confirm atau conforhom yang mana satu betul, aku ikut kerja.

Pulau Lake juga antara lokasi

Pada waktu itu, tak terfikir pulak aku, yang profesion aku ni bolih bertahan hingga sekarang, masuk tahun yang ke 28 (duapuluh lapan) tahun, sebagai FREELANCER dalam Industri Filem Malaysia, menjadi ahli Profima dengan number keahlian 3639.

Rumah Melayu di Kampung Budaya sarawak juga dijadikan lokasi mereka.

Di peringkat awal pengbabitan aku , agak kurang nak ambil gambar, takut-takut kena marah. Orang kerja kita ambik gambar. Sekarang nak buat blog kelam kabut nak cari bahan. Nasib baiklah ada sedikit sebanyak foto dari internet yg dapat dijadikan bahan bantuan.



Untuk filem ini, Penerbitnya, pengarahnya, pelakunnya, semua aku tak ingat, sebab tidak ada menyimpan apa-apa bahan untuk bukti. Cuma yang aku ingat, syarikat dari Kuala Lumpur yang membawa produksi ini ke Sarawak ialah Borneo Films Production Sdn.Bhd, Pengurus Produksinya En.Shukor.

0 Response to "A BARBOO MORTA (Filem Antarabangsa)"