PUSHCREW

LAZADA

Lazada Malaysia

KONTRAS (Telemovie)


KONTRAS

.

KONTRAS sebuah drama yang penuh misteri pernah ku lalui. Bukan ceritanya yang misteri, tetapi apa yang berlaku didalam membuat kerja-kerja shooting drama ini, di Feringgi Penang, menimbulkan banyak misteri.

Bermula dengan Heroin kami Kuna yang bagaikan kerasukan, sehingga menjemput beberapa orang dukun pakar, dan dengan kehendak dan pertolongan Allah SWT, keadaan menjadi reda, dan kerja-kerja shooting kami diteruskan.

Satu lagi keanihan, jelmaan Zulkefli M.Osman yang kedua, mengarah sebuah scene, yang kebetulannya hendak dibuat selepas Zulkefli M.Osman yang pertama ke tandas bersama seorang rakan, tak ingat nama, sama ada nya mok atau baen. Bila selesai saja Zulkefli M.Osman mengerjakan kerja-kerja tak resmi di tandas, dan hendak membuat scene tersebut, kami kehairanan. Kalau Zulkefli sorang yg pergi ke tandas, ada kebarangkalian juga yang mengarah tadi itu dia. Tetapi disangkal olih teman yang mengikutnya tadi, bahawa mereka memang baru keluar dari tandas.

Dan seronoknya, pembikinan yang dibuat olih jelmaan Zulkefli M.Osman itu lebih baik dari apa yang hendak Zulkefli M.Osman original buat hehehehe.

Terbitan aku tak ingat. Diarah olih Zulkefli M.Osman. Antara Pelakun yang terlibat termasuklah, Khairil Annuar, Faizal Hussain, Kuna dan lain-lain.





0 Response to "KONTRAS (Telemovie)"

Post a Comment